Wednesday, 15 January 2014

MAKANAN TRADISIONAL (LAKSAM DAN LAKSA)

sila layari laman web kami di aziejaya.blogspot.com



LAKSAM



       Laksam juga meruapakan salah satu makanan tradisi bagi masyarakat negeri kelantan...di mana laksam ini dibuat daripada tepung beras yang dihidangkan bersama kuah lemak santan kelapa dan ulam-ulaman yang segar..antara ulam-ulaman yang biasa digunakan ialah taugeh,kacang panjang,bunga kantan,daun serai wangi dan banyak lagi.






RESEPI LAKSAM



3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam 

Satukan semua bahan dan kacau rata supaya tidak bergentel. Lihat lihat cara cara menyediakannya di SINI.







Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis








Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan 
Garam


Cara Menghidang:
    Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang di atas laksam tadi.






Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal. 





   Kalau suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin, tambahkan sendiri secubit garam sebelum menggaul. Ini cara hidangan di Kelantan, dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri semasa makan bagi disesuaikan dengan selera masing masing.








  

Enjoy....!!!!
LAKSA





RESEPI LAKSA

1 KAMPIT LAKSA BERAS KERING@ BASAH
200 ML SANTAN KOTAK @ SANTAN PEKAT FRESH
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR*
3 INCI HALIA MUDA*
2 SUDU KECIL LADA HITAM*
- SEMUA BAHAN DI ATAS DI KISAR BERSAMA DAN KETEPIKAN

5-6 EKOR IKAN KEMBUNG,SARDIN @ PARANG*
3 KEPING ASAM KEPING*
1 CAWAN AIR*
- SEMUA * HENDAKLAH DI REBUS BERSAMA SAMPAI IKAN MASAK DAN DI SEJATKAN AIRNYA..JANGAN DIBUANG AIR REBUSAN ITU




MANAKALA IKAN TADI DISEJUKKAN DAN DI AMBIL ISI NYA DAN PASTIKAN ISI DI ASINGKAN DARI TULANG.
PASTIKAN MEMESIN ISI IKAN INI BERSAMA BAHAN-BAHAN KISAR TADI.


ASAM KEPING
GARAM
GULA
PERASA


CARA;


1- MASUKKAN SEMUA BAHAN YANG DIKISAR TADI KEDALAM PERIUK...
2- MASUKKAN SEKALI SANTAN DAN AIR REBUSAN IKAN TADI...KACAU SEBATI DI ATAS API YANG SEDERHANA.
3- MASUKKAN PULA GARAM ,GULA,PERASA DAN ASAM KEPING..MASAKLAH SAMPAI KUAH MENDIDIH TAPI BUKAN PECAH MINYAK..INGAT HARUS SENTIASA DIKACAU OK..
4- RASALAH KUAHNYA DAN APABILA KUAH LIKAT BOLEHLAH DI ANGKAT DAN DI HIDANGKAN.
5- ANDAI KATA KUAH TERLALU PEKAT MASUKKAN SANTAN CAIR ATAU SEDIKIT AIR BIASA UNTUK MENCAIRKAN KUAH,AGAK-AGAKLAH OK.


RESEPI ULAM LAKSA;

TIMUN
TAUGEH
KOBIS
KACANG PANJANG
DAUN KESUM
BUNGA KANTAN

GARAM HALUS
BELACAN KEPING- HIRIS BERBENTUK DADU
LIMAU NIPIS - BELAH 4 


KOBIS,KACANG PANJANG,TIMUN,BUNGA KANTAN DAN DAUN KESUM- DIMAYANG HALUS.



 



 
 



SELAMAT MENJAMU SELERA!!!!

No comments:

Post a Comment